Quality of Life Program Arab Saudi menyerlahkan hala tuju ke arah kemajuan transformasi dalam gaya hidup melalui laporan baharu dan inisiatif indeks global
- Laporan “Cities of Possibility: The Evolution of Quality of Life in Saudi Arabia” mendedahkan bagaimana tumpuan terhadap kualiti hidup telah mempertingkatkan kesejahteraan rakyat.
- Daripada gaya hidup dan rekreasi hinggalah peluang serta pertumbuhan sosial, pengukuran dari Riyadh, Jeddah, Al Khobar, Madinah dan Abha memberikan perspektif mendalam dan pelbagai tentang kehidupan di Arab Saudi.
-
Dengan kemajuan ketara dalam kualiti hidup, Arab Saudi kini menerajui perbincangan sebagai penaja dan penyumbang kepada Quality of Life Initiative UN-Habitat.
RIYADH, Arab Saudi, Dec. 17, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Quality of Life Vision Realization Program Arab Saudi melancarkan laporan baharu, “Cities of Possibility: The Evolution of Quality of Life in Saudi Arabia,” yang mendedahkan cerapan utama dan kemajuan di sebalik transformasi kualiti hidup di Arab Saudi, berdasarkan hasil kaji selidik menyeluruh daripada penduduk, warganegara dan pelawat di seluruh Kerajaan. The Saudi Quality of Life Program merupakan salah satu pemacu strategik dalam Vision 2030 yang memberi tumpuan kepada peningkatan kebolehdiaman di bandar-bandar Arab Saudi serta memperkayakan penawaran gaya hidup di negara tersebut. Laporan Cities of Possibility menonjolkan bagaimana kemajuan di seluruh Kerajaan sedang membentuk semula kehidupan ekonomi, sosial dan budaya serta mengubah kebolehdiaman bandar.
Dengan meneliti lima bandar utama Arab Saudi — Riyadh, Jeddah, Al Khobar, Madinah dan Abha — laporan “Cities of Possibility” memperkenalkan pendekatan baharu untuk mengukur kualiti hidup. Berasaskan empat tonggak yang saling berkait – Prosperity and Opportunity, Personal and Social Growth, Lifestyle and Recreation, serta Sustainable and Safe Foundations – analisis mendalam laporan ini memperincikan bagaimana peningkatan dalam kebolehdiaman bandar, keterangkuman dan kesejahteraan telah membawa kepada hasil ekonomi yang boleh diukur, ketika Kerajaan membangunkan bandar masa hadapan yang menawarkan taraf hidup lebih tinggi untuk semua.
Laporan “Cities of Possibility” memperincikan peningkatan ketara dalam kemakmuran, peluang dan kesejahteraan keseluruhan serta mengukur kemajuan ekonomi dan sosial yang signifikan yang telah dicapai di seluruh Arab Saudi. Antaranya termasuk:
- Kadar pengangguran di Arab Saudi menurun lebih separuh, daripada 12.3% pada 2016 kepada 6.8% pada S1 2025.
- Penyertaan wanita dalam tenaga kerja meningkat kepada 36.4% pada S1 2025, sekali gus melebihi sasaran Vision 2030 sebanyak 30%.
- Lesen pelaburan mencatat pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 67%, dengan Kerajaan menduduki tempat ke-13 dalam Kearney FDI Confidence Index 2025.
- Jangka hayat meningkat daripada 74 kepada 79 tahun, didorong oleh pendigitalan yang pesat yang meletakkan Arab Saudi di kedudukan kedua tertinggi dalam ICT Development Index dalam kalangan negara G20 pada 2024.
Antara penemuan lain, laporan tersebut menonjolkan peningkatan ketara dalam aspek gaya hidup, rekreasi, keselamatan dan mobiliti yang didorong oleh pelaburan strategik peringkat nasional. Ini termasuk pelaburan Arab Saudi berjumlah AS$1 trilion dalam sektor pelancongan dan riadah, yang secara drastik memperluas akses kepada pengalaman kulinari, budaya, sukan dan hiburan. Acara seperti Formula 1 Saudi Arabian Grand Prix, WTA Finals, Esports World Cup dan Dakar Rally menggambarkan momentum ini, menjelang penganjuran Asian Games 2029, EXPO 2030 dan Piala Dunia FIFA 2034.
Berdasarkan kejayaan-kejayaan ini, Arab Saudi telah menaja Quality of Life Initiative (QOLI) peringkat global bagi meningkatkan kesejahteraan bandar melalui rangka kerja bersepadu, diiktiraf di peringkat antarabangsa dan berasaskan data, yang menyediakan platform kepada kerajaan tempatan untuk menilai dan mempertingkat kesejahteraan komuniti mereka melangkaui ukuran KDNK. Dilaksanakan oleh UN-Habitat, inisiatif ini merupakan usaha global untuk membekalkan bandar-bandar dengan metrik yang memenuhi keperluan global serta keperluan konteks tempatan.
“Kualiti hidup merupakan keutamaan nasional yang strategik, bukan sahaja bagi Arab Saudi tetapi juga bagi negara-negara di seluruh dunia, serta menjadi asas kepada pengukuhan kesepaduan komuniti, menarik bakat global serta memastikan kemakmuran yang mampan,” kata Khalid Al Baker, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Quality of Life Vision Realization Program Arab Saudi. “The Quality of Life Program berbangga kerana telah memajukan kualiti hidup di Kerajaan dan kami akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi dari sektor awam dan swasta untuk membolehkan warganegara, penduduk dan pelawat menikmati kesejahteraan sosial dan ekonomi yang lebih baik di Arab Saudi. Seiring usaha kami mencapai matlamat bercita-cita tinggi Visio 2030, kami akan terus menjadi peneraju global dalam pembangunan mampan yang berteraskan manusia dan berfokuskan kualiti hidup.”
Laporan “Cities of Possibility” dan Indeks QOLI menampilkan komitmen Arab Saudi untuk memperkukuh pemahaman global mengenai kualiti hidup—berkongsi cerapan sendiri, menyumbang kepada rangka kerja antarabangsa serta menyokong bandar-bandar di seluruh dunia dalam membina masa depan bandar yang lebih inklusif, berdaya tahan dan berpusatkan manusia.
Perihal Quality of Life Program
The Quality of Life Program (QoL) ialah pemangkin strategik Vision 2030 yang diperkenalkan pada 2018 untuk mempertingkatkan kualiti hidup bagi semua yang menjadikan Kerajaan Arab Saudi sebagai rumah mereka. QoL memacu transformasi bandar Kerajaan dengan membina kualiti hidup yang boleh dicontohi dunia melalui reka bentuk bandar yang lebih pintar, penawaran budaya, seni, hiburan dan sukan bertaraf dunia, serta dasar perbandaran yang menyokong gaya hidup yang lebih sihat, lebih bahagia dan lebih aktif.
Bagi memanfaatkan kepelbagaian geografi dan populasi dinamik Kerajaan, QoL memberi tumpuan kepada enam sektor utama untuk pelaburan besar: budaya serta warisan, sukan, hiburan dan hobi, pelancongan, reka bentuk bandar, serta keselamatan dan sekuriti. QoL memperkasa warganegara, penduduk dan pelawat untuk menikmati kehidupan berkualiti tinggi melalui perkhidmatan yang dipertingkatkan, perancangan bandar yang mampan dan rangkaian aktiviti sosial yang lebih luas.
Laporan Cities of Possibility: https://tinyurl.com/QoLReportEnglish
Hubungan media:
Arianna Khan
Perunding Komunikasi Kanan
E-mel: QOLcomms@globalthinkgroup.com
Legal Disclaimer:
EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.